Kuliah pertama bersama Cik Azurah merupakan pengalaman menarik dan juga bosan sedikit.Hal ini demikian kerana setelah dua tahun tamat alam persekolahan, kami telah mengadakan aktiviti kenali rakan di kelas.Dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang.Aktiviti ini bertujuan untuk mengenali rakan sekelas dari segi nama,warna kegemaran,cita-cita,hobi dan tempat yang gemar dilawati.Selama 10 minit sahaja diperuntukan untuk mengenali mereka dan selepas itu Cik Azura akan memanggil nama bertuah untuk memperkenalkan ahli kumpulan masing-masing.Seramai 5 pelajar bertuah telah dipanggil ke hadapan untuk memperkenalkan ahli kumpulan. Segelintir daripada pelajar tersebut berasa cemas serta takut untuk bercakap dihadapan kelas.Namun diharap perasaan cemas ini akan pudar secara beransuran. Semasa aktiviti ini berlangsung saya berpendapat bahawa berkenalan dengan junior akan mengeratkan hubungan kami pada masa akan datang.
LasT ToPiC
15 years ago
0 comments:
Post a Comment