Setelah melalui pelbagai cabaran getir semasa proses mereka bentuk RazakSAT, Flight Model atau FM berjaya disiapkan pada tahun 2004 dan dihantar ke KARI (Korean Aerospace Research Institute) untuk pengujian peringkat akhir atau 'environmental test'. Pengujian berkenaan melibatkan ujian gegaran dan ukuran bagi mendapatkan Moment of Inertia and Center of Gravity dan ujian Thermal vacuum dan Thermal Cycling. Ini untuk memastikan RazakSAT mampu untuk beroperasi dalam persekitaran ekstrem semasa pelancaran dan beroperasi di angkasa lepas dalam mencapai matlamat dan misinya.Detik 25 Ogos 2005, merupakan saat bersejarah kepada negara kerana RazakSAT telah menjadi satelit pertama negara yang menjejakkan kaki ke tanah air. RazakSAT telah ditempatkan di Bilik Bersih kelas 100,000 bagi tujuan ujian perisian, fungsi dan sistem operasi satelit. Ini penting untuk memastikan persekitaran yang terkawal dari segi suhu, kelembapan dan kandungan zarah kecil seperti habuk yang boleh menjejaskan fungsi satelit dan kamera.Pada tahun 2006, kerajaan telah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan program penentukuran RazakSAT. Program berkenaan bertujuan mengadakan pengujian lanjutan dan penataan rapi sistem optikal untuk memastikan imej RazakSAT mengikut piawaian antarabangsa dan diterima di peringkat global. Ini dimulakan dengan pembangunan peralatan penentukuran yang dikenali sebagai Universal Automatic Rotating Table yang telah dibangunkan oleh ATSB melalui kepakaran jurutera tempatan.Seterusnya program berkenaan disambung kepada radiometric preflight calibration pada awal tahun 2008 di Pusat Angkasa Negara Banting, Selangor. Inisiatif awal untuk in-flight calibration telah dijalankan pada tahun yang sama, iaitu proses penentukuran RazakSAT semasa di orbit.Integrasi dan pengujian sebelum pelancaran telah dijalankan pada Disember 2008 sehingga Februari 2009 dan RazakSAT telah dihantar ke ATSB untuk pengujian akhir sebelum misi penghantaran ke tapak pelancaran dilakukan.Seterusnya pada 21 Mac 2009, RazakSAT telah dihantar ke Kwajalein Atoll di Republic of The Marshall Islands dengan khidmat pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia melalui Pangkalan Tentera Udara Subang telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.Seterusnya pesawat C-130 singgah di Kota Kinabalu dan RazakSAT disambut oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Yee Moh Chai sebelum ke tapak pelancaran.Pada 12 Julai 2009, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan pegawai kanan kementerian tiba di Guam untuk menyaksikan pelancaran bersejarah satelit itu menerusi siaran langsung yang disiarkan laman web.Satelit RazakSAT bersama pelancarnya, Falcon 1, yang dikendalikan oleh Space Exploration Technologies (SpaceX), Amerika Syarikat (AS) ketika itu ditempatkan di tapak pelancaran di Pulau Omelek.Tepat jam 11.35 pagi waktu tempatan pada 14 Julai 2009 menyaksikan pelancaran RazakSAT berlepas ke ruang angkasa. Selepas 20 minit dilancarkan, RazakSAT memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqOPegawai-pegawai MOSTI yang diketuai Timbalan Menteri, Fadillah Yusof menyaksikan pelancaran di Pusat Angkasa Negara di Banting dan mengadakan tele-persidangan dengan kumpulan saintis di Guam melalui siaran web. Kegembiraan dapat dilihat apabila satelit berjaya dilancarkan ke angkasa selepas keadaan cuaca yang pada awalnya kurang memuaskan di tapak pelancaran. Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad menyifatkan pelancaran berkenaan merupakan kejayaan yang amat dinantikan dan kini negara mempunyai infrastruktur angkasa setanding dengan negara maju tetapi dengan kos yang kompetitif. ATSB akan terus mengorak langkah dalam memasarkan teknologi RazakSAT ke peringkat global.Pelancaran satelit ini mencatat sejarah bukan hanya kepada negara tetapi juga kepada dunia.
LasT ToPiC
15 years ago