BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 6, 2009

Last PosT!!!!

LAst Post is about d short forms...here is some shrt frms..
1. frm-from
2.your-ur
3.we-v
4. the-d
5.good-gud
6. bacause-coz
7.no-x
8. ready-ady
9.have-hv
10.forget-4get
11.see-c
12. they-tey
13.as soon as possible-asap
14.please-plz
15-meeting-met'g
16. are-r
This is only a part of shrt forms...there are plenty of words...

Saturday, September 12, 2009

SateLit RAzaK

Setelah melalui pelbagai cabaran getir semasa proses mereka bentuk RazakSAT, Flight Model atau FM berjaya disiapkan pada tahun 2004 dan dihantar ke KARI (Korean Aerospace Research Institute) untuk pengujian peringkat akhir atau 'environmental test'. Pengujian berkenaan melibatkan ujian gegaran dan ukuran bagi mendapatkan Moment of Inertia and Center of Gravity dan ujian Thermal vacuum dan Thermal Cycling. Ini untuk memastikan RazakSAT mampu untuk beroperasi dalam persekitaran ekstrem semasa pelancaran dan beroperasi di angkasa lepas dalam mencapai matlamat dan misinya.Detik 25 Ogos 2005, merupakan saat bersejarah kepada negara kerana RazakSAT telah menjadi satelit pertama negara yang menjejakkan kaki ke tanah air. RazakSAT telah ditempatkan di Bilik Bersih kelas 100,000 bagi tujuan ujian perisian, fungsi dan sistem operasi satelit. Ini penting untuk memastikan persekitaran yang terkawal dari segi suhu, kelembapan dan kandungan zarah kecil seperti habuk yang boleh menjejaskan fungsi satelit dan kamera.Pada tahun 2006, kerajaan telah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan program penentukuran RazakSAT. Program berkenaan bertujuan mengadakan pengujian lanjutan dan penataan rapi sistem optikal untuk memastikan imej RazakSAT mengikut piawaian antarabangsa dan diterima di peringkat global. Ini dimulakan dengan pembangunan peralatan penentukuran yang dikenali sebagai Universal Automatic Rotating Table yang telah dibangunkan oleh ATSB melalui kepakaran jurutera tempatan.Seterusnya program berkenaan disambung kepada radiometric preflight calibration pada awal tahun 2008 di Pusat Angkasa Negara Banting, Selangor. Inisiatif awal untuk in-flight calibration telah dijalankan pada tahun yang sama, iaitu proses penentukuran RazakSAT semasa di orbit.Integrasi dan pengujian sebelum pelancaran telah dijalankan pada Disember 2008 sehingga Februari 2009 dan RazakSAT telah dihantar ke ATSB untuk pengujian akhir sebelum misi penghantaran ke tapak pelancaran dilakukan.Seterusnya pada 21 Mac 2009, RazakSAT telah dihantar ke Kwajalein Atoll di Republic of The Marshall Islands dengan khidmat pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia melalui Pangkalan Tentera Udara Subang telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.Seterusnya pesawat C-130 singgah di Kota Kinabalu dan RazakSAT disambut oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Yee Moh Chai sebelum ke tapak pelancaran.Pada 12 Julai 2009, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan pegawai kanan kementerian tiba di Guam untuk menyaksikan pelancaran bersejarah satelit itu menerusi siaran langsung yang disiarkan laman web.Satelit RazakSAT bersama pelancarnya, Falcon 1, yang dikendalikan oleh Space Exploration Technologies (SpaceX), Amerika Syarikat (AS) ketika itu ditempatkan di tapak pelancaran di Pulau Omelek.Tepat jam 11.35 pagi waktu tempatan pada 14 Julai 2009 menyaksikan pelancaran RazakSAT berlepas ke ruang angkasa. Selepas 20 minit dilancarkan, RazakSAT memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqOPegawai-pegawai MOSTI yang diketuai Timbalan Menteri, Fadillah Yusof menyaksikan pelancaran di Pusat Angkasa Negara di Banting dan mengadakan tele-persidangan dengan kumpulan saintis di Guam melalui siaran web. Kegembiraan dapat dilihat apabila satelit berjaya dilancarkan ke angkasa selepas keadaan cuaca yang pada awalnya kurang memuaskan di tapak pelancaran. Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad menyifatkan pelancaran berkenaan merupakan kejayaan yang amat dinantikan dan kini negara mempunyai infrastruktur angkasa setanding dengan negara maju tetapi dengan kos yang kompetitif. ATSB akan terus mengorak langkah dalam memasarkan teknologi RazakSAT ke peringkat global.Pelancaran satelit ini mencatat sejarah bukan hanya kepada negara tetapi juga kepada dunia.









 

Thursday, September 3, 2009

InterEstIng!!!!!






Also known as a star bus topology, tree topology is one of the most common types of network setups that is similar to a bus topology and a star topology. A tree topology connects multiple star networks to other star networks. Below is a visual example of a simple computer setup on a network using the star topology.In the above example picture if the main cable or trunk between each of the two star topology networks failed, those networks would be unable to communicate with each other. However, computers on the same star topology would still be able to communicate with each other.A type of network setup where each of the computers and network devices are interconnected with one another, allowing for most transmissions to be distributed, even if one of the connections go down. This type of topology is not commonly used for most computer networks as it is difficult and expensive to have redundant connection to every computer. However, this type of topology is commonly used for wireless networks. Below is a visual example of a simple computer setup on a network using a mesh topology.

Tak Segerak
Dikenali sebagai protokol mula-akhir. Protokol jenis ini selalunya digunakan pada terminal dungu (dumb terminal dan selalunya tidak mempunyai penimbal untuk menyimpan aksara tersebut. Penghantaran data dilakukan dengan menghantar satu bit tambahan pada permulaan (bit mula) dan akhir data (bit akhir). Bit mula akan memaklumkan kepada penerima bahawa selepas bit tersebut akan ada bit-bit data yang berbentuk aksara akan dihantar, kemudian diikuti oleh satu bit pariti dan kemudian bit akhir. Bit akhir menandakan berakhirnya penghantaran data tersebut.Bit mula menggunakan bit 0, bit akhir menggunakan bit 1 dan bit pariti pula bergantung kepada keadaan pengecaman ralat. Rajah menunjukkan penghantaran aksara menggunakan kaedah penghantaran data tak segerak.Dengan menggunakan protokol tak segerak setiap bit mesti disetkan untuk menghantar dan menerima data melalui kadar data yang diberikan. Kadar data ini diukur dalam unit bit per saat (bps). Bila peranti protokol tak segerak menghantar data, ia dimulakan dengan bit mula yang akan sentiasa 0, diikuti dengan 8 bit data dalam bait ( 7 bit [aksara] dan 1 bit pariti) dan kemudian bit 1 yang menunjukkan bit akhir. Jumlah kesemua bit yang akan dihantar ialah 10 bit. Rajah 1.10 di atas menunjukkan bahawa aksara A dihantar dengan diikuti aksara B daripada terminal dungu ke komputer perumah dengan menggunakan kod ASCII. Masa melahu (idle) akan wujud antara satu aksara dengan aksara yang lain semasa berlakunya penghantaran data.Kaedah penghantaran data jenis ini tidak sesuai digunakan untuk penghantaran data yang banyak, sedangkan kebanyakkan aplikasi komputer memerlukan penghantaran data yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini kaedah protokol segerak lebih sesuai digunakan.


Protokol Segerak
Kaedah segerak boleh digunakan untuk membuat penyegerakan menghantar satu blok data (banyak aksara) yang besar. Kaedah ini tidak menggunakan bit mula-akhir, tiada masa melahu (idle) antara satu aksara dengan aksara yang lain.Kaedah segerak menggunakan beberapa aksara dipermulaan blok data yang hendak dihantar. Aksara ini dinamakan SYN. Ia mempunyai corak bit khas seperti 10101010. Corak bit ini akan memberitahu penerima bahawa ada satu blok aksara yang akan tiba selepas itu. Pada bahagian penghantar, satu bingkai (frame) akan dibentuk terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran data. Dalam bingkai tersebut, beberapa aksara SYN dan aksara kawalan lain akan dimasukkan. 10 aksara kawalan diperlukan untuk untuk satu blok penghantaran. .Selain daripada itu kita juga boleh menggunakan aksara SYN untuk membuat penyegerakan, ada juga yang menggunakan isyarat jam pada talian berasingan. Apa yang dimaksudkan dengan talian berasingan ialah saluran/wayar yang berbeza digunakan untuk menghantar maklumat dan menghantar data. Isyarat jam akan dihantar bersama setiap bit data yang dihantar. Bila penerima menerima isyarat jam dari talian berkenaan, penerima akan membaca data dari talian penghantaran data.