BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 6, 2009

Last PosT!!!!

LAst Post is about d short forms...here is some shrt frms..
1. frm-from
2.your-ur
3.we-v
4. the-d
5.good-gud
6. bacause-coz
7.no-x
8. ready-ady
9.have-hv
10.forget-4get
11.see-c
12. they-tey
13.as soon as possible-asap
14.please-plz
15-meeting-met'g
16. are-r
This is only a part of shrt forms...there are plenty of words...

Saturday, September 12, 2009

SateLit RAzaK

Setelah melalui pelbagai cabaran getir semasa proses mereka bentuk RazakSAT, Flight Model atau FM berjaya disiapkan pada tahun 2004 dan dihantar ke KARI (Korean Aerospace Research Institute) untuk pengujian peringkat akhir atau 'environmental test'. Pengujian berkenaan melibatkan ujian gegaran dan ukuran bagi mendapatkan Moment of Inertia and Center of Gravity dan ujian Thermal vacuum dan Thermal Cycling. Ini untuk memastikan RazakSAT mampu untuk beroperasi dalam persekitaran ekstrem semasa pelancaran dan beroperasi di angkasa lepas dalam mencapai matlamat dan misinya.Detik 25 Ogos 2005, merupakan saat bersejarah kepada negara kerana RazakSAT telah menjadi satelit pertama negara yang menjejakkan kaki ke tanah air. RazakSAT telah ditempatkan di Bilik Bersih kelas 100,000 bagi tujuan ujian perisian, fungsi dan sistem operasi satelit. Ini penting untuk memastikan persekitaran yang terkawal dari segi suhu, kelembapan dan kandungan zarah kecil seperti habuk yang boleh menjejaskan fungsi satelit dan kamera.Pada tahun 2006, kerajaan telah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan program penentukuran RazakSAT. Program berkenaan bertujuan mengadakan pengujian lanjutan dan penataan rapi sistem optikal untuk memastikan imej RazakSAT mengikut piawaian antarabangsa dan diterima di peringkat global. Ini dimulakan dengan pembangunan peralatan penentukuran yang dikenali sebagai Universal Automatic Rotating Table yang telah dibangunkan oleh ATSB melalui kepakaran jurutera tempatan.Seterusnya program berkenaan disambung kepada radiometric preflight calibration pada awal tahun 2008 di Pusat Angkasa Negara Banting, Selangor. Inisiatif awal untuk in-flight calibration telah dijalankan pada tahun yang sama, iaitu proses penentukuran RazakSAT semasa di orbit.Integrasi dan pengujian sebelum pelancaran telah dijalankan pada Disember 2008 sehingga Februari 2009 dan RazakSAT telah dihantar ke ATSB untuk pengujian akhir sebelum misi penghantaran ke tapak pelancaran dilakukan.Seterusnya pada 21 Mac 2009, RazakSAT telah dihantar ke Kwajalein Atoll di Republic of The Marshall Islands dengan khidmat pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia melalui Pangkalan Tentera Udara Subang telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.Seterusnya pesawat C-130 singgah di Kota Kinabalu dan RazakSAT disambut oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Yee Moh Chai sebelum ke tapak pelancaran.Pada 12 Julai 2009, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan pegawai kanan kementerian tiba di Guam untuk menyaksikan pelancaran bersejarah satelit itu menerusi siaran langsung yang disiarkan laman web.Satelit RazakSAT bersama pelancarnya, Falcon 1, yang dikendalikan oleh Space Exploration Technologies (SpaceX), Amerika Syarikat (AS) ketika itu ditempatkan di tapak pelancaran di Pulau Omelek.Tepat jam 11.35 pagi waktu tempatan pada 14 Julai 2009 menyaksikan pelancaran RazakSAT berlepas ke ruang angkasa. Selepas 20 minit dilancarkan, RazakSAT memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqOPegawai-pegawai MOSTI yang diketuai Timbalan Menteri, Fadillah Yusof menyaksikan pelancaran di Pusat Angkasa Negara di Banting dan mengadakan tele-persidangan dengan kumpulan saintis di Guam melalui siaran web. Kegembiraan dapat dilihat apabila satelit berjaya dilancarkan ke angkasa selepas keadaan cuaca yang pada awalnya kurang memuaskan di tapak pelancaran. Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad menyifatkan pelancaran berkenaan merupakan kejayaan yang amat dinantikan dan kini negara mempunyai infrastruktur angkasa setanding dengan negara maju tetapi dengan kos yang kompetitif. ATSB akan terus mengorak langkah dalam memasarkan teknologi RazakSAT ke peringkat global.Pelancaran satelit ini mencatat sejarah bukan hanya kepada negara tetapi juga kepada dunia.









 

Thursday, September 3, 2009

InterEstIng!!!!!






Also known as a star bus topology, tree topology is one of the most common types of network setups that is similar to a bus topology and a star topology. A tree topology connects multiple star networks to other star networks. Below is a visual example of a simple computer setup on a network using the star topology.In the above example picture if the main cable or trunk between each of the two star topology networks failed, those networks would be unable to communicate with each other. However, computers on the same star topology would still be able to communicate with each other.A type of network setup where each of the computers and network devices are interconnected with one another, allowing for most transmissions to be distributed, even if one of the connections go down. This type of topology is not commonly used for most computer networks as it is difficult and expensive to have redundant connection to every computer. However, this type of topology is commonly used for wireless networks. Below is a visual example of a simple computer setup on a network using a mesh topology.

Tak Segerak
Dikenali sebagai protokol mula-akhir. Protokol jenis ini selalunya digunakan pada terminal dungu (dumb terminal dan selalunya tidak mempunyai penimbal untuk menyimpan aksara tersebut. Penghantaran data dilakukan dengan menghantar satu bit tambahan pada permulaan (bit mula) dan akhir data (bit akhir). Bit mula akan memaklumkan kepada penerima bahawa selepas bit tersebut akan ada bit-bit data yang berbentuk aksara akan dihantar, kemudian diikuti oleh satu bit pariti dan kemudian bit akhir. Bit akhir menandakan berakhirnya penghantaran data tersebut.Bit mula menggunakan bit 0, bit akhir menggunakan bit 1 dan bit pariti pula bergantung kepada keadaan pengecaman ralat. Rajah menunjukkan penghantaran aksara menggunakan kaedah penghantaran data tak segerak.Dengan menggunakan protokol tak segerak setiap bit mesti disetkan untuk menghantar dan menerima data melalui kadar data yang diberikan. Kadar data ini diukur dalam unit bit per saat (bps). Bila peranti protokol tak segerak menghantar data, ia dimulakan dengan bit mula yang akan sentiasa 0, diikuti dengan 8 bit data dalam bait ( 7 bit [aksara] dan 1 bit pariti) dan kemudian bit 1 yang menunjukkan bit akhir. Jumlah kesemua bit yang akan dihantar ialah 10 bit. Rajah 1.10 di atas menunjukkan bahawa aksara A dihantar dengan diikuti aksara B daripada terminal dungu ke komputer perumah dengan menggunakan kod ASCII. Masa melahu (idle) akan wujud antara satu aksara dengan aksara yang lain semasa berlakunya penghantaran data.Kaedah penghantaran data jenis ini tidak sesuai digunakan untuk penghantaran data yang banyak, sedangkan kebanyakkan aplikasi komputer memerlukan penghantaran data yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini kaedah protokol segerak lebih sesuai digunakan.


Protokol Segerak
Kaedah segerak boleh digunakan untuk membuat penyegerakan menghantar satu blok data (banyak aksara) yang besar. Kaedah ini tidak menggunakan bit mula-akhir, tiada masa melahu (idle) antara satu aksara dengan aksara yang lain.Kaedah segerak menggunakan beberapa aksara dipermulaan blok data yang hendak dihantar. Aksara ini dinamakan SYN. Ia mempunyai corak bit khas seperti 10101010. Corak bit ini akan memberitahu penerima bahawa ada satu blok aksara yang akan tiba selepas itu. Pada bahagian penghantar, satu bingkai (frame) akan dibentuk terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran data. Dalam bingkai tersebut, beberapa aksara SYN dan aksara kawalan lain akan dimasukkan. 10 aksara kawalan diperlukan untuk untuk satu blok penghantaran. .Selain daripada itu kita juga boleh menggunakan aksara SYN untuk membuat penyegerakan, ada juga yang menggunakan isyarat jam pada talian berasingan. Apa yang dimaksudkan dengan talian berasingan ialah saluran/wayar yang berbeza digunakan untuk menghantar maklumat dan menghantar data. Isyarat jam akan dihantar bersama setiap bit data yang dihantar. Bila penerima menerima isyarat jam dari talian berkenaan, penerima akan membaca data dari talian penghantaran data.

Wednesday, August 26, 2009

IntErNeT




Kuliah hari ini bermula pada pukul 8.40 mlm.Waktu berpuasa mengizinkan semua kelas bermula lambat dan berakhir dengan cepat.Pada mulanya, kami dimaklumkan bahawa minggu depan ada quiz dan fail kena up date.Tajuk yg dibincangkan semalam adalah quit menarik. Komunikasi internet membincangkan tentang beberapa jenis iaitu, IM,VoIP, webblog, podcasts,webcasts, e-mail,chat room,news group, social networking, web entertaiment and e- commerce.IM ialah Instant Messaing iaitu real time based communication.VoIP (voice over internet protocol) pula mengantikan panggilan telefon secara online.Chat room, sebagaimana semua tahu, ia adalah tempat individu meluahkan perasaan atau pandangan sesuatu isu dengan kumpulan yang sama minat.ONLINE ANNOYANCES pula terdiri daripada spam,pop-ups, cookies, Malware, Spyware, Phising(Hoaxes).Spam ialah junk mail, sesuatu mail yang tidak dijangka dihantar oleh unknwn.Pop-ups pula berbentuk advertising; muncul semasa malayari sesuatu web page.Cookies berupaya menyimpan maklumat sejarah internet.Simpanan dalam hard disk.B2C (Business-to-Consumer) is basically a concept of online marketing and distributing of products and services over the Internet. It is a natural progression for many retailers or marketer who sells directly to the consumer. The general idea is, if you could reach more customers, service them better, and make more sales while spending less to do it that would the formula of success for implementing a B2C e-commerce infrastructure.

Most retailers and suppliers in Malaysia have chosen B2B e-Supplier Service as the solution to supply chain automation. With e-Supplier Service, connections are established to enable retailers and suppliers to exchange documents through a single platform and thus creating a shared infrastructure that promotes cost and operation efficiencies. Furthermore, each retailer can still adhere to individual business process requirement and suppliers can also comply to the business processes of all retailers easily.
Consumer-to-consumer (C2C)
electronic commerce involves the electronically-facilitated transactions between consumers through some third party. A common example is the online auction, in which a consumer posts an item for sale and other consumers bid to purchase it; the third party generally charges a flat fee or commission. They do not have to check quality of the products being offered.

Thursday, August 6, 2009

LateSt @ FaSteSt




Basically computer has 4 functions, which is input data, process data, output information and store data and information. Besides that, the importance of PC is storage media, database and networks for communication. There are 2 types of software to that I’m going to discuses today which are Microsoft windows and Apple Mac OS. A Mac has all the essentials built right in, including automatic protection from PC viruses, the latest wireless technology, advanced Intel chips, and a rock solid operating system that’s loaded with innovations. Mac OS X Snow Leopard includes built-in support for the latest version of Microsoft Exchange Server, so you can use Mail, iCal, and Address Book at home and at work. Microsoft Windows is a series of
software operating systems and graphical user interfaces produced by Microsoft. Microsoft first introduced an operating environment named Windows in November 1985. Windows Search 4.0 is an updated component of Windows that enables instant search on your computer.MyEg is an online government transactional for Malaysian community. To be a high value added provider of globally competitive IT services. It offers Malaysians a single point of contact with between the government and people. RILEK is the revolutionary way to perform all your e-government services. provide easy transactions electronically via various delivery channels.RILEK offers JPJ Driving Licences services, summons payments and inquiries on Kejara points.

Friday, July 24, 2009







HisTory of tEcOmM
Kuliah semalam boring sebab perkataan sejarah merupakan suatu ayat yang amat tidak disukai oleh pelajar.TeCoMm terbahagi kepada 4 fasa iaitu era komunikasi penulisan(suara→simbol→abjad), percetakan(bapa percetakan Johannes Guttenberg), telekomunikasi(kod Morse) dan interaktif(fotografi, televisyen, gambar bergerak dan computer).Secara ringkasnya inilah yang dipelajari dalam kuliah.Menurut Cik Azura, era komunikasi penulisan yang diwakili oleh suara,symbol dan abjad telah wujud 20000 tahun dahulu.Suara terhad pada jarak tertentu, manakala symbol terdiri daripada Petroglyphs Pictograms danIdeograms.Abjad akan membentuk perkataan dan sekaligus mengurangkan proses pembelajaran.Komunkasi percetakan terdiri daripada telegraf iaitu mewakili KOD MORSE.Kod ini pernah diaplikasikan oleh BERNAMA.Telephone dicipta oleh Elexander Grahman Bell dan radio dicipta oleh Fedrick Hertz.Akhir sekali komunikasi interaktif terbahagi kepada 4 iaitu fotografi(Sir John FW Herschel).Peranan ICT kepada pendidikan,ekonomi,inter social, broadcasting, military dan publishing.ICT merupakan perkara asas kepada kemajuan ekonomi Negara.Maka pengetahuan terhadap ICT harus dipelopori oleh semua masyarakat supaya kita tidak ditembusi oleh perkembangan lama

Friday, July 17, 2009

MeDiA CeTaK & EleKtRoNiK...BaIk &BuRukNYa


Minggu kedua di kelas lebih menceriakan apabila aktiviti yang diadakan sebelum balik telah menyedarkan saya dari tidur.Kuliah kali ini berdasarkan kepada pengenalan komunikasi dan teknologi.Pelajar tahun 2 komunikasi seperti saya manganggap topic pengenalan kepada komunikasi amat membosankan.Pada awal kelas saya berasa bosan tapi pada akhir kelas kami telah diarahkan untuk menyenaraikan kebaikan dan keburukan media cetak dan media elektronik.Media cetak terdiri daripada majalah, buku dan surat khabar.Manakala media elektronik terdiri daripada filem.television dan radio.Antara kebaikan media cetak ialah mudah diperolehi,murah,diminati oleh semua golongan kerana isi kandungan yang berunsur positif.Keburukannya ialah membazirkan masa membacan bahan yang tidak beraedah.Cth:MANGGA....Media elektronik memberi kebaikan dari segi penjimatan masa.Hal in demikian kerana manusia sentiasa sibuk dengan tugasan masing-masing.Maka mendengar berita melalui radio akan memudahkan mereka mengetahui isu-isu semasa walaupun sibuk dengan tugasan harian.Selain itu program di television juga berunsurkan isu-isu semasa serta filem yang ditayangkan juga berunsur pengajaran kepada tontonan umum.Television ,yang berbayar pula menyiarkan program-program yang berunsur ganas dan lucah.Tapi siaran ini berbayar.Akhir sekali diharap post saya dapat memberi sedikit informasi kepada tontonan anda semua.....:)

Friday, July 10, 2009

KeNaLi RakaN SeKeLaS

Kuliah pertama bersama Cik Azurah merupakan pengalaman menarik dan juga bosan sedikit.Hal ini demikian kerana setelah dua tahun tamat alam persekolahan, kami telah mengadakan aktiviti kenali rakan di kelas.Dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang.Aktiviti ini bertujuan untuk mengenali rakan sekelas dari segi nama,warna kegemaran,cita-cita,hobi dan tempat yang gemar dilawati.Selama 10 minit sahaja diperuntukan untuk mengenali mereka dan selepas itu Cik Azura akan memanggil nama bertuah untuk memperkenalkan ahli kumpulan masing-masing.Seramai 5 pelajar bertuah telah dipanggil ke hadapan untuk memperkenalkan ahli kumpulan. Segelintir daripada pelajar tersebut berasa cemas serta takut untuk bercakap dihadapan kelas.Namun diharap perasaan cemas ini akan pudar secara beransuran. Semasa aktiviti ini berlangsung saya berpendapat bahawa berkenalan dengan junior akan mengeratkan hubungan kami pada masa akan datang.